• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

513,044 Individu Sudah Terima 2 Dos Vaksin

oleh
27/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 513,044 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau menerusi akaun Twitternya hari ini berkata, bagi tempoh sama, sebanyak 822,201 individu telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,335,245 dos setakat semalam.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan, Dr Adham berkata, lima negeri yang menerima suntikan dos pertama tertinggi ialah Selangor dengan 107,533 dos, diikuti Kuala Lumpur (87,744), Sarawak (86,835), Johor (74,134) dan Sabah (67,474).

Lima negeri tertinggi yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam pula ialah Selangor dengan 71,877 dos, diikuti Sarawak dengan 52,764, diikuti Perak (50,737), Sabah (46,034) dan Kuala Lumpur (45,704).

Menurut Dr Adham, setakat semalam hanya 38.30 peratus atau 9,302,306 daripada golongan sasaran telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi sebanyak 2,421,333 pendaftaran atau 50 peratus.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula pada April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya, manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari 2022, membabitkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. – BERNAMA

Tags: KKMvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd