• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Guna Kayu Pengacau Khas Sedia Bubur Lambuk

oleh
27/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar akan menggunakan kayu pengacau khas bagi menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat negeri ini, esok.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah acara masakan bubur lambuk Istana Johor kali ini menampilkan sedikit kelainan apabila kayu pengacau ‘khas’ digunakan dalam penyediaan juadah berkenaan.

“Pengacau ini disediakan oleh tukang kayu saya dari Mersing dan esok saya akan menggunakannya ketika memasak bubur lambuk,” titah baginda.

Pengacau berkenaan yang diperbuat daripada kayu giam dan turut dilengkapi hiasan ‘epoxy resin’ khas logo Sultan Ibrahim 2021 dibuat oleh tukang kayu peribadi baginda di Mersing.

Walaupun Sultan Johor mempunyai jadual yang padat, ia tidak menghalang baginda memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada rakyat Johor.

Aktiviti masakan bukan sesuatu yang asing bagi Sultan Johor yang mahir menyediakan pelbagai juadah bersama kakitangan Istana.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut mengurniakan 1,150 paket bubur lambuk dari Istana Johor diserahkan kepada rakyat Segamat, semalam.

Sumbangan bubur lambuk itu disampaikan kepada Penghulu Kanan Mukim Sungai Segamat, Ishak Abu Bakar dan diagihkan kepada 11 mukim di Segamat.

Kurniaan bubur lambuk daripada Sultan Ibrahim adalah antara aktiviti mengimarahkan Ramadan. – BH Online

Tags: bubur lambukSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd