PUTRAJAYA – Sebanyak 2,733 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, dengan Selangor kekal mencatat kes tertinggi menerusi 750 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 398,451 kes.
Selain Selangor, katanya, beberapa negeri lain turut mencatat kes tinggi dengan Kelantan (484), diikuti Sarawak (432) dan Kuala Lumpur (377).
“Hanya Labuan tidak mencatat sebarang kes hari ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini. – BH Online

