• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Belanja RM2.8 Trilion Bagi Program Imunisasi Sejak 1957

oleh
27/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.8 trilion untuk rakyat Malaysia sehingga kini bagi program imunisasi kebangsaan sejak diperkenalkan pada 1957, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ini, katanya merangkumi jumlah kos imunisasi bagi setiap rakyat iaitu kira-kira RM150 yang diberikan secara percuma.

“Ia membuktikan komitmen kerajaan bagi meningkatkan tahap perlindungan masyarakat seterusnya mencapai imuniti kelompok bagi mengekang penularan penyakit seperti polio dan tuberkulosis yang berpotensi membawa maut,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Imunisasi peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini pada Selasa.

Sambutan itu diadakan sempena Minggu Imunisasi Sedunia yang biasa disambut pada 24 hingga 30 April setiap tahun dan tema sambutan tahun ini ialah ‘Vaksin Menyatukan Kita Semua’.

Dr Adham berkata, perkhidmatan imunisasi dalam negara tetap diteruskan biarpun negara berdepan cabaran pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya pada tahun lepas dengan mengambil kira kepentingan vaksin kepada bayi dan kanak-kanak.

“Kini, pencapaian liputan imunisasi untuk bayi dan kanak-kanak adalah tinggi dan mencapai sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu melebihi 95 peratus bagi kebanyakan vaksin utama dalam program imunisasi,” katanya.

Dengan menekankan kepentingan imunisasi, beliau turut memberikan contoh angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang melalui pelbagai latihan dan cabaran sebelum terpilih sebagai calon untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2007.

“Beliau terpilih kerana sihat tubuh badan dan mempunyai imuniti kuat. Bayangkan beliau tidak divaksinkan dan mungkin tidak lulus ujian yang ditetapkan yang menghalang beliau ke ISS,” kata Dr Adham.

Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, beliau berkata sehingga Ahad lepas, 78 peratus petugas barisan hadapan telah selesai diberikan dos vaksin lengkap dalam fasa satu manakala bagi tempoh sama, seramai 65,224 orang telah diberikan dos pertama dalam fasa kedua.

Beliau berkata, hebahan mengenai program berkenaan akan diperluaskan melalui pihak institusi keagamaan berkaitan hukum pengambilan vaksin, pakar akademik mahupun badan bukan kerajaan agar rakyat tidak sangsi dengan pengambilan vaksin, sekali gus dapat mencapai sasaran sekurang-kurangnya 70 peratus populasi yang telah menerima vaksin.

Pada majlis sama, turut dilancarkan Coffee Table Book program imunisasi kebangsaan yang dihasilkan dengan kerjasama program kesihatan awam dan Program Immunise4Life yang memperincikan hasil temu ramah dengan pengurusan tertinggi KKM dan individu penting dalam menjayakan program imunisasi kebangsaan setakat ini. – BERNAMA

Tags: ImunisasiKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd