• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risiko Darah Beku Akibat COVID-19 Lebih Tinggi Berbanding Vaksin

oleh
27/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu yang dijangkiti COVID-19 memiliki risiko lebih tinggi untuk mengalami pembekuan darah, berbanding kesan sampingan pengambilan vaksin AstraZeneca.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, risiko pembekuan darah adalah lapan hingga 10 kali lebih tinggi akibat dijangkiti COVID-19, berbanding pengambilan vaksin berkenaan.

“Semua perkara mempunyai risiko. Apa yang perlu, bandingkan manfaat dan risiko. Ia terbukti bahawa risiko pembekuan darah daripada jangkitan COVID-19 adalah lebih tinggi berbanding risiko vaksinasi.

“Kajian mendapati risiko pembekuan darah adalah lapan hingga 10 kali lebih tinggi daripada jangkitan COVID-19 berbanding vaksin COVID-19,” jelas JKJAV menerusi Twitter, hari ini.

Dalam ciapan berasingan, JKJAV memaklumkan, kajian Agensi Kawalan Produk Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) United Kingdom (UK) mendapati risiko pembekuan darah serius kesan suntikan vaksin AstraZeneca hanya empat dalam sejuta orang.

Ia berdasarkan lebih 20 juta dos AstraZeneca yang sudah diberikan di UK, dengan risiko pembekuan darah serius hanya 0.000004 peratus.

“Lebih 20 juta dos vaksin AstraZeneca telah diberikan di UK. MHRA UK menganggarkan risiko berlakunya darah beku selepas menerima vaksin AstraZeneca adalah sebanyak empat bagi setiap satu juta orang,” jelasnya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilapor mengesahkan vaksin AstraZeneca adalah selamat untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang kini memasuki fasa kedua.

Katanya, vaksin itu akan digunakan untuk golongan berusia 60 tahun ke atas, iaitu penerima vaksin utama dalam fasa kedua PICK, namun tidak menyatakan bila pemberiannya dijadualkan bermula.

Sebanyak 268,800 dos vaksin AstraZeneca dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Korea Selatan pada Jumaat lalu, menerusi fasiliti COVAX.

Ia adalah penghantaran pertama bagi vaksin itu yang dibeli pada Disember tahun lalu bagi kegunaan tiga peratus jumlah populasi negara. – BH Online

Tags: AstraZenecapandemik COVID-19vaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd