• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri PKP, Orang Ramai Rancang Sambut Sederhana

oleh
26/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Keadaan ekonomi tidak menentu akibat penularan wabak Covid-19 mendorong orang ramai memilih berbelanja secara ala kadar untuk menyambut kedatangan 1 Syawal, tidak lama lagi.

Rata-rata mereka yang ditemui Bernama berpendapat sekarang adalah masa untuk berjimat cermat dan membuat simpanan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku apabila tiada tanda-tanda pandemik akan berakhir dalam masa terdekat.

Seorang penjawat awam Nuraini Ahmad, 36, berkata, beliau berbelanja secara ala kadar pada tahun ini seperti mana tahun lalu dan memberi keutamaan kepada persiapan keperluan anak sahaja.

“Perasaan menyambut raya ‘okay’ sahaja, gembira kerana mak memang berada di sini, jadi dapat beraya dengan mak lah,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata, beliau hanya membeli barang yang perlu sahaja dan menggunakan apa yang telah dibeli tahun lalu.

“Untuk diri sendiri saya, mungkin akan guna pakaian tahun lepas, yang dibeli pada tahun ini hanya persiapan untuk anak-anak,” katanya.

Turut senada ialah penjawat awam, Nur Amanina Mawaddah Abdul Ghani, 29, yang mengakui bahawa beliau juga berbelanja secara sederhana dan membeli apa yang patut sahaja serta telah membuat persiapan sejak awal tahun.

“Saya rasa agak sedih apabila mendapat tahu kemungkinan besar tidak dapat beraya di kampung halaman (Kedah) seperti tahun lalu, namun demikian saya sudah biasa dengan norma baharu menyambut raya di sini,” katanya.

Katanya, perbelanjaannya untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini juga agak kurang memandangkan rentas negeri masih tidak dibenarkan dan raya di kampung agak mustahil.

Sementara itu, pekerja swasta Aiman Akmal Maliki, 20, berkata, beliau sudah membuat persediaan termasuk menempah baju raya sejak awal lagi.

“Kami takkan buat majlis rumah terbuka disebabkan pandemik dan ziarah terhad kepada jumlah tertentu. Tetamu akan hadir mengikut kuantiti yang dibenarkan,” katanya yang berkerja di sebuah pasar raya di Kangar. – BERNAMA

Tags: Hari Raya Aidilfitripandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

19/03/2026
0

RIYADH – Kerajaan Saudi secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1447 Hijrah akan disambut pada Jumaat, 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd