• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi

oleh
26/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAIRAN hanya 4% daripada RM1.7 bilion peruntukan kerajaan dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi bagi sektor pendigitalan telah digunakan setakat ini.

Walhal beberapa skim dibawah pakej rangsangan berkenaan bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro dalam negara.

Mustahil pemain industri kecil tidak berminat dengan peruntukan tersebut terutama pada waktu-waktu sukar pandemik Covid-19 ketika ini.

Antara Pakej Rangsangan Ekonomi sektor itu adalah Geran Digitalisasi PKS dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) RM100 juta.

Turut disediakan Skim Transformasi Pendigitalan Industri menerusi Pelan JanaSemula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan RM16 juta.

Peruntukan ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk membantu industri kecil negara sekali gus melonjakkan ekonomi domestik.

Bagi penulis ada tiga kemungkinan 96% lagi peruntukan disediakan kerajaan untuk sektor pendigitalan itu masih terperap.

Pertama disebabkan karenah birokrasi. Proses atau urusannya terpaksa melalui pelbagai for­maliti, peringkat, peraturan dan sebagainya sebelum di­luluskan.

Kedua disebabkan kegagalan pihak bertanggungjawab menyalurkan dan menyebarkan maklumat tentang peruntukan tersebut secara meluas.

Ketiga disebabkan syarat dan peraturan yang ketat sehinggakan kurang pemain industri dikategorikan layak dan jika layak mungkin terbeban untuk memohon.

Situasi seperti ini sebenarnya sudah kerap kita dengari. Seolah-olah telah membarah dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Ia wajar ditangani secara total. Keadaan seperti ini antara sebab musabab yang menjejaskan perancangan kerajaan untuk negara dan rakyat.

Bagi isu peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk sektor pendigitalan namun mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Datuk Seri Mustapa Mohamed telah memberi jaminan pihaknya akan mengenal pasti punca penggunaan peruntukkan berkenaan yang masih lagi rendah.

“Melalui program seperti Program Digital@Jeli kita akan tanya peserta sama ada mereka tahu tentang pakej rangsangan yang kerajaan lancarkan sebelum ini,” katanya.

Semoga jawapan yang bakal diperoleh Dato’ Pa kelak menjadi pemangkin dalam menamatkan sepenuhnya permasalahan yang telah lama berakar umbi itu demi masa depan negara. – Mynewshub.TV

Tags: pakej rangsangan ekonomisektor pendigitalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Sahkan Dana RM600 Bilion Diurus Secara Telus

Tengku Zafrul Sahkan Dana RM600 Bilion Diurus Secara Telus

05/01/2023
1

SHAH ALAM - Penggunaan dana kecemasan bagi membiayai beberapa pakej rangsangan ekonomi ketika negara berdepan pandemik Covid-19 sejak 2020 lalu...

Perkeso Bayar Lebih RM18 Bilion Stabilkan Pasaran Buruh

06/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sudah membayar lebih RM18 bilion dalam bentuk subsidi upah, elaun pencarian pekerjaan melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd