• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pertimbang Beri Vaksin Kepada Remaja

oleh
26/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan sedia mempertimbang pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun selepas menerima data ujian klinikal syarikat farmaseutikal, Pfizer.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata Pfizer dijangka menghantar maklumat ujian klinikal dijalankan syarikat itu membabitkan penerima dalam kalangan individu usia terbabit kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berkata, syarikat terbabit juga akan mengemukakan maklumat ujian berkenaan kepada Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) selepas itu.

“Jika dipersetujui, kita boleh beri (vaksin) kepada golongan berusia 12 hingga 17 tahun yang sebelum ini kita hadkan kepada 18 tahun ke atas.

“Pfizer baru dapat maklumat terkini ujian klinikal yang dijalankan ke atas golongan remaja dan syarikat terbabit akan serahkan keputusan itu kepada FDA dan NPRA.

“Jadi kita tengok keputusan dan akan mempertimbang, sekiranya ia selamat kita akan beri vaksin ini kepada remaja usia berkenaan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. 

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kerajaan mungkin akan menempah vaksin untuk golongan remaja daripada Pfizer berikutan hanya syarikat itu yang mempunyai maklumat data klinikal berkaitan.

Bagaimanapun, beliau berkata, suntikan kepada golongan remaja tidak akan dilaksana dalam masa terdekat kerana syarikat terbabit memerlukan masa antara dua hingga tiga bulan untuk menilai data berkaitan.

Sementara itu, Khairy berkata, seramai 460,116 guru di seluruh negara bakal menerima vaksin dalam fasa kedua program imunisasi negara.

“Berikutan kemunculan kluster pendidikan ketika ini, kita sudah meminta Kementerian Pendidikan memberi senarai dan setakat ini sudah menerima seramai 460,116 nama guru sektor pendidikan awam dan swasta.

“Selain itu, kita juga meminta Kerajaan Kedah memberi senarai guru sekolah pondok untuk menerima suntikan vaksin fasa kedua ini,” katanya. – BH Online

Tags: Pfizer-BioNTechremajavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd