• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa KPM Lewat Agih Laptop? – Najib

oleh
26/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DARI FB NAJIB RAZAK

BANTUAN 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 dilulus dalam bajet 2021.

Dijanji kerajaan untuk dipercepatkan ke bulan Februari sebab keperluan mendesak bagi murid-murid sekolah yang diperlu menjalani pendidikan di rumah akibat Covid-19.

Tapi diumum kerajaan semalam bahawa bantuan ini hanya akan diberi sepenuhnya pada akhir bulan September!

Ketika ini, sekolah-sekolah seluruh negara bergilir ditutup semula.

Seluruh negeri Kelantan dikenakan PKP sekali lagi.

Melihat keadaan Covid-19 yang masih tinggi dan semakin banyak jumlah kluster-kluster pendidikan diumum walaupun sudah 3 1/2 bulan melaksanakan darurat, ianya tidak mustahil bahawa semua sekolah seluruh negara akan diarahkan untuk tutup semula dan semua pelajar disuruh untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sekali lagi.

Masa itu, kerajaan nak murid miskin ikut PdPR pakai apa?

Dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk, harga barang dapur yang naik mencanak dan ramai menganggur atau pendapatan mereka yang banyak berkurang, adakah kerajaan fikir bahawa keluarga miskin ada kelebihan wang RM1,000 untuk beli tablet untuk anak-anak mereka?

Sebab itu, kerajaan PN tidak boleh ego.

Janganlah terus mementingkan dan berharap pada kontaktor terpilih yang telah terbukti gagal memenuhi jadual.

Buatlah open tender serta-merta supaya semua supplier dalam Malaysia berpeluang untuk membekal dan menghantar kesemua 150,000 unit kepada keluarga miskin dengan serta merta.

Jika dibuat open tender tetapi kosnya didapati sehingga 30% lebih tinggi pun, ia bermaksud bajet hanya akan naik RM45 juta dari RM150 juta ke RM195 juta. Masih berbaloi.

(Ada kemungkinan kos akan kurang dari RM150 juta pun jika dibuat open tender)

Apakah kenaikan kos RM45 juta ini apabila dibandingkan dengan nilai untuk masa depan 150,000 murid miskin?

Sebuah kerajaan yang mungkir janji sendiri untuk membekal cuma 150,000 unit peranti pada masa yang tepat dan akibatnya menghalang 150,000 murid miskin untuk teruskan pendidikan mereka adalah sebuah kerajaan yang terbukti gagal sepenuh-penuhnya.

Tags: B40LAPTOPNajib Tun Razakperanti pintar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Syam Ghaz Pertahan Ansuran Pakaian Sekolah – “Saya YDP PIBG 3 Buah Sekolah”

Syam Ghaz Pertahan Ansuran Pakaian Sekolah – “Saya YDP PIBG 3 Buah Sekolah”

10/08/2026
0

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menyelar pihak yang mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd