• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selamat Ulang Tahun Ke-58 Dr Noor Hisham

oleh
21/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warganet membanjiri platform media sosial dengan ucapan selamat hari jadi kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan mendoakan beliau terus kuat serta tabah dalam tanggungjawabnya ‘memerangi’ Covid-19 di negara ini.

Dr Noor Hisham menyambut ulang tahunnya yang ke-58 hari ini.

Tinjauan ke halaman Facebooknya, warga maya daripada pelbagai latar belakang menyatakan sokongan kepada beliau, malah ada yang rindu kerana beliau sudah lama tidak tampil di kaca televisyen menyampaikan sidang media harian perkembangan pandemik berkenaan seperti sebelum ini. 

“Happy Birthday Tan Sri! Wish you good health, happiness, and success in all your endeavors,” tulis Megha Sivaram.

“Selamat Hari Lahir Dato’, semoga Allah sentiasa merahmati Dato’ dan pasukan Dato’ yang sentiasa berada di hadapan dalam ‘peperangan’ ini,” tulis Mohd Adzlan Bin Omar pula.

“I masih mengingati jasa Tan Sri dalam sumbangan memerangi Covid-19… Tan Srilah orang yang paling sesuai menjadi pelapor untuk perkembangan semasa Covid-19… Rasa kecewa apabila bertukar orang membuat tugasan ini,” katanya.

Zahirah Mohd Shariff pula mengucapkan: “Selamat Hari Lahir Tan Sri. Semoga dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk terus berkhidmat untuk negara. Aamiin.”

Sementara itu, ketika dihubungi Bernama, Dr Noor Hisham menyatakan harapan sempena hari jadinya agar seluruh rakyat Malaysia terus bersatu untuk memerangi pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah dan terima kasih. Coming together will make us stronger to fight against Covid-19,” katanya.

Masih setia melaporkan perkembangan Covid-19 negara, kali terakhir Dr Noor Hisham mengadakan sidang media secara langsung ialah pada 4 Mac lalu. 

Selepas itu, perkembangan pandemik berkenaan hanya dilapor melalui kenyataan media.

Selain itu, beliau juga mengemas kini perkembangan kes Covid-19 melalui laman sosial Twitter dan Facebooknya setiap hari.

Tahun lalu, pengamal media sempat memberikan kejutan kepada beliau dengan membawa kek hari jadinya sebaik sidang medianya di Dewan Serbaguna Aras 8, bangunan Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya selesai. – BERNAMA

Tags: Dr Noor Hishampandemik COVID-19selamat hari jadi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini

Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini

19/04/2023
0

PUTRAJAYA : Selepas 35 tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah...

Kalau PAC Sudah Beri Komen, Selesailah – Dr Noor Hisham

Kalau PAC Sudah Beri Komen, Selesailah – Dr Noor Hisham

15/02/2023
0

Subang : Kredibiliti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menerusi penerbitan laporan isu perolehan vaksin Covid-19 yang sepatut dipersoalkan dan bukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd