• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data Harian Covid-19 Tepat, Sahih – Dr Noor Hisham

oleh
20/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua data harian Covid-19 dan data klinikal kes virus berkenaan yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada umum adalah tepat dan sahih. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sistem pengurusan data yang digunakan perlu telus dan mempunyai integriti. 

“Semua keputusan ujian yang dijalankan sama ada di klinik kesihatan kerajaan, hospital mahupun fasiliti perkhidmatan kesihatan swasta adalah wajib dimuat naik ke dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). 

“Sistem ini sentiasa dipantau oleh KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bagi memastikan tindakan susulan sewajarnya dapat diambil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Noor Hisham berkata, data dari semua negeri diterima selewat-lewatnya 12 tengah hari oleh pasukan pengurusan data di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan. 

“Seterusnya data ini dianalisa dan diverifikasi sebelum ia didaftarkan. Semakan terhadap semua data akan dilaksanakan oleh pegawai di CPRC KKM.

“Data yang sudah didaftarkan sebagai data harian Malaysia kemudian akan diguna pakai untuk analisa epidemiologi situasi Covid-19 di negara ini termasuk tren kes, kadar kebolehjangkitan, kluster, kapasiti hospital dan makmal serta keberkesanan tindakan pencegahan atau kawalan,” katanya. 

Beliau berkata, semua maklumat yang sudah disemak itu kemudiannya akan disunting untuk penyediaan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan dan perlu mendapat pengesahan akhir olehnya. 

“Proses sama dijalankan setiap hari oleh petugas di lapangan serta di Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan CPRC Kebangsaan. 

“Semua anggota kesihatan yang terbabit dalam pengurusan data di peringkat daerah sehingga ke peringkat kebangsaan adalah tertakluk kepada undang-undang berkaitan dan diwajibkan untuk menjaga kerahsiaan data pesakit Covid-19. 

“Oleh itu, tidak timbul sebarang kesangsian terhadap sistem pengurusan data Covid-19 dan juga data harian yang dikongsikan KKM kepada umum,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd