• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,078 Kes Baharu Covid-19, 1,402 Pulih, 8 Kematian

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,078 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 377,132 kes dengan 20,065 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 13 adalah kes import manakala, 2,065 kes adalah penularan tempatan.

Katanya, lapan kematian dilapor membabitkan warganegara berusia antara 35 hingga 89 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,386 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sarawak kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 589 kes dengan 450 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ia diikuti Selangor (457 kes) dan Kelantan (290 kes). Sebanyak 13 kes dilaporkan berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) iaitu Kluster Telok Mas (12 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Noor Hisham berkata, terdapat 228 pesakit yang positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 93 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Katanya, bilangan kes yang pulih adalah 1,402 kes yang menjadikan kumulatif 335,224 kes atau 94.2 peratus daripada jumlah keseluruhan. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd