• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Rt Covid-19 Hanya 0.003 Peratus

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan yang menerima dua dos suntikan vaksin hanya 0.003 peratus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata, petugas barisan hadapan yang sudah menerima suntikan pelalian, tetapi didapati positif wabak itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang gejala teruk atau ringan.

Katanya, tindak balas sistem pertahanan badan susulan pengambilan pelalian sekali gus mencerminkan keberkesanan vaksin dalam menangani risiko jangkitan, maut dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Berdasarkan perangkaan semasa, seramai 272,019 petugas barisan hadapan yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin dan hanya sembilan daripadanya dijangkiti Covid-19.

“Sekiranya dihitung, kadar kebolehjangkitan dalam kalangan petugas barisan hadapan yang sudah menerima dua suntikan penuh vaksin ialah sekadar 0.003 peratus.

“Malah, daripada apa yang dimaklumkan kepada saya, sembilan kes ini tidak mengalami sebarang gejala teruk atau ringan apabila disahkan positif Covid-19.

“Ini bermakna vaksin sangat berkesan dalam menangani sebarang gejala dan komplikasi berikutan Covid-19,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), di sini, tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sabtu lalu dilaporkan berkata seramai sembilan petugas kesihatan dikesan dijangkiti Covid-19 selepas menerima dua dos lengkap vaksin dan melepasi tempoh dua minggu, pasca suntikan pelalian.

Selain itu, 31 kes lagi yang juga membabitkan petugas kesihatan disahkan positif Covid-19 selepas mendapat suntikan pelalian dua dos lengkap, kurang daripada dua minggu. 

Menyentuh pemberian dos vaksin ketiga dalam tempoh setahun, Khairy berkata, kerajaan ketika ini tidak mempunyai sebarang data mengenai keperluan melaksanakan langkah sedemikian.

“Itu pun pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer (Albert Bourla) yang kata mungkin memerlukan suntikan dos ketiga, tetapi kita belum ada apa-apa data berhubung perkara berkenaan.

“Walau apa pun, Kementerian Kesihatan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) dan CITF akan merancang untuk jangka panjang, mungkin vaksin diperlukan pada tahun-tahun akan datang.

“Kita belum tahu lagi,” katanya.

Ditanya keputusan Malaysia mengenai penggunaan AstraZeneca dalam PICK, Khairy berkata, JKJAV akan mengadakan mesyuarat pada Khamis ini berhubung perkara berkenaan. – myMetro Online

Tags: petugas barisan hadapanRtvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd