• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Fathan Mahmood Calon PAS Bagi PRK Dun Chempaka

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS mengumumkan Setiausaha Urusan Ulama kawasan Pengkalan Chepa, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, malam ini.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengarah Bersama Jentera dan Operasi PAS Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan Abdul Aziz Abdul Kadir.

Ahmad Fathan, 42, merupakan timbalan pengetua dan pensyarah di Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kota Baharu.

Beliau berkelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur selain pernah menuntut dalam jurusan Talaqqi Kitab dan Mustami’ di Damaskus, Syria dan Sarjana Muda Syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Anak jati Kampung Baung, Pengkalan Chepa itu adalah antara tiga calon yang disenarai pendek oleh PAS Kelantan selepas proses pemilihan parti minggu lepas.

Antara nama lain yang disebut-sebut sebagai calon termasuklah peguam syarie Nik Baharom Nik Abdullah yang juga Anggota Jawatankuasa Teknikal Hudud Negeri Kelantan.

Seorang lagi calon yang disenarai pendek oleh PAS Kelantan bagaimanapun tidak didedahkan.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abdul Razak dengan 6,500 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon pada Selasa ini.

– BERNAMA

Tags: PRK Dun Chempaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Dun Chempaka: SPR Anggar 55 Peratus Keluar Mengundi

22/03/2015
0

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada...

Kesemua 9 Pusat Mengundi PRK Dun Chempaka Ditutup

22/03/2015
0

KOTA BHARU - Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd