• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin COVID-19 Sedia Ada Masih Berkesan

oleh
16/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Vaksin COVID-19 yang digunakan sekarang mampu melindungi penerimanya daripada varian UK B.1.1.7 dan Afrika Selatan B.1.351. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagaimanapun pihaknya menunggu laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), berhubung kesan vaksin terhadap dua varian berkenaan.

“Kita lihat vaksin yang diguna setakat ini masih mampu mengatasi dan memberi perlindungan kepada penerimanya dan kita juga masih menunggu laporan daripada WHO dan CDC terhadap kesan-kesan atau varian ini boleh menyebabkan vaksin ini tidak efektif,” katanya dalam sidang media selepas majlis tandatangan Memorandum Persefahaman di antara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pfizer Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada vaksin yang digunakan sekarang berkesan terhadap dua varian COVID-19 berkenaan.

Setakat semalam terdapat lima kes COVID-19 varian UK B.1.1.7, manakala 17 kes membabitkan varian Afrika Selatan B.1.351 dikesan.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, kuarantin 10 hari yang diwajibkan bagi pengembara yang tiba ke negara ini masih mampu mengesan kes positif daripada dua varian berkenaan.

Beliau berkata, tiga hari sebelum pengembara berkenaan berlepas ke negara ini, mereka perlu menjalani ujian swab COVID-19 dan keputusan berkenaan perlu disahkan oleh pihak berkuasa.

“Setakat ini masih dapat mengesan kes positif, iaitu gejala hanya timbul pada hari ke-10,” katanya.

Diminta mengulas mengenai permintaan kerajaan Sarawak untuk membekalkan negeri berkenaan dengan vaksin COVID-19 dos tunggal CanSino buatan China, Dr Adham berkata, kementeriannya bersedia bekerjasama bagi tujuan berkenaan.

Dr Adham berkata, vaksin berdos tunggal berkenaan sesuai digunakan terhadap penduduk yang tinggal di pedalaman yang sukar untuk hadir ke temu janji kedua bagi suntikan vaksin.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, kerajaan Sarawak membuat permohonan agar kira-kira 800,000 dos vaksin CanSino dibekalkan kepada negeri berkenaan, bagi kegunaan penduduk di pedalaman Sarawak, semasa pertemuannya dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. – BERNAMA

Tags: vaksin covid-19varian Afrika Selatanvarian UK B.1.1.7
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd