• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

653,531 Individu Terima 2 Dos Vaksin COVID-19

oleh
15/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 653,531 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi tempoh sama, 425,164 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,078,659. 

Menerusi satu infografik dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, beliau berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 90,267 diikuti Kuala Lumpur (67,671), Sarawak (67,300), Johor (59,842) dan Sabah (55,349). 

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor membabitkan 59,657 individu, Perak (47,098), Sabah (42,649), Kuala Lumpur (36,648) dan Pahang (32,852).

Jumlah pendaftaran untuk program imunisasi itu setakat semalam adalah sebanyak 8,760,857 atau 36.10 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi membabitkan 2,319,791 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini membabitkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU), manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 membabitkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara adalah 1.14 setakat semalam. 

Berdasarkan infografik dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Terengganu mencatat Rt tertinggi iaitu 1.3, manakala Pulau Pinang merekodkan Rt terendah dengan 0.89. – BERNAMA

Tags: ImunisasiKKMPICKvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd