• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Internet Isi Rumah Meningkat

oleh
12/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peratusan capaian isi rumah kepada internet telah meningkat kepada 91.7 peratus pada 2020 berbanding 90.1 peratus pada 2019, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada Isnin.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, capaian oleh isi rumah terhadap telefon bimbit dan komputer juga masing-masing meningkat kepada 98.6 peratus dan 77.6 peratus pada 2020.

“Survei yang dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang mana penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia berusia 15 tahun ke atas meningkat dengan ketara kepada 89.6 peratus pada 2020 berbanding 84.2 peratus pada 2019,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Uzir turut maklum aktiviti internet yang paling popular di Malaysia adalah menyertai rangkaian sosial.

Bagaimanapun semasa pandemik, penggunaan internet meningkat dengan ketara bagi perkhidmatan berkaitan aktiviti pembelajaran, e-kesihatan, e-kerajaan, e-dagang dan hiburan.

‘’Aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan itu membuat pesanan barangan atau perkhidmatan atas talian; mendapatkan maklumat kesihatan; menggunakan perbankan internet; menjalani kursus tidak formal atas talian; menjalani kursus formal atas talian; membeli barangan atau perkhidmatan melalui e-Dagang; menonton televisyen secara dalam talian; dan mendapatkan maklumat daripada organisasi kerajaan, yang secara signifikan meningkat melebihi 7.0 mata peratus,” jelas beliau.

Mohd Uzir berkata, peratusan membuat pesanan barangan atau perkhidmatan dalam talian seperti melalui telefon, WhatsApp dan Facebook juga telah meningkat kepada 54.4 peratus pada 2020 daripada 22.5 peratus pada 2019.

Semasa pandemik Covid-19, penggunaan internet untuk mencari maklumat atau perkhidmatan berkaitan kesihatan telah meningkat sebanyak 12.0 mata peratus pada 2020, dengan 61.9 peratus pengguna internet mencari maklumat atau perkhidmatan berkaitan kesihatan berbanding 45.2 peratus pada 2019.

Mohd Uzir berkata kira-kira 61.9 peratus masyarakat Malaysia menggunakan perbankan internet pada 2020, bertambah 11.4 mata peratus daripada 50.5 peratus pada 2019.

Tanpa mengambil kira saluran pembelajaran dalam talian melalui internet, individu yang mengikuti kursus tidak formal dalam talian meningkat 11.3 mata peratus daripada 9.5 peratus kepada 20.8 peratus pada 2020.

Sementara itu, peningkatan yang ketara dalam peratusan individu yang mengikuti kursus formal dalam talian iaitu daripada 8.1 peratus pada 2019 kepada 18 peratus pada 2020.

Mengenai e-dagang, Mohd Uzir berkata pembelian barangan atau perkhidmatan melalui e-dagang seperti Shoppe, Lazada dan Grab telah meningkat kepada 45 peratus pada 2020 daripada 35.2 peratus pada 2019.

“Peratusan pengguna internet menggunakan saluran e-kerajaan bagi mendapatkan maklumat daripada organisasi kerajaan turut meningkat sebanyak 7.4 mata peratus daripada 45.5 peratus pada 2019 kepada 52.9 peratus pada 2020,” jelas beliau. – BERNAMA

Tags: DOSMinternetpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

Harga Makanan Kegemaran Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan sate meningkat hampir dua kali sejak 13...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd