• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Tunai RM3.5 Juta Dalam Rumah Ketua Sindiket Kartel Tender

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sejumlah RM3.5 juta wang tunai ditemui di rumah ketua sindiket kartel tender kerajaan dalam serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya pada Isnin.

Selain itu, kenderaan mewah bernilai RM15.7 juta serta nilai hartanah termasuk banglo, rumah kedai, pejabat bernilai RM29 juta turut disita.

Menurut sumber, sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta dibekukan dalam siasatan kes berkenaan.

“Kartel projek yang diketuai oleh seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun itu telah membolot projek kerajaan menerusi tender sebut harga bernilai RM3.8 bilion,” katanya.

Difahamkan, sindiket itu telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu dan kemewahan yang ditunjukkan oleh ketua sindiket yang bergelar Datuk amat luar biasa.

“Selain memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang luar biasa jumlahnya, beliau juga memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua buah helikopter,” katanya.

Modus operandi kumpulan kartel projek ini ialah membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji antara RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.

“Syarikat ini milik beliau dan dipercayai 114 orang telah digunakan nama untuk membuka lebih 150 buah syarikat,” katanya.

Kesemua syarikat berkenaan dipercayai akan digunakan secara bergilir-gilir untuk memasuki tender dan sebut harga di kementerian dan agensi kerajaan.

“Maklumat tender dan sebut harga termasuk spesifikasi projek serta harga siling projek akan disalurkan oleh individu dalam kementerian atau agensi,” katanya.

Hasil siasatan SPRM mendapati hampir kesemua syarikat yang digunakan menggunakan maklumat palsu dari segi kelayakan akademi, sijil profesional atau penyata kewangan untuk meyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat untuk melaksanakan projek. – Sinar Harian

Tags: kartel tender kerajaanSPRMWang Tunai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan SPRM Isu Zetrix AI

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan SPRM Isu Zetrix AI

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Wilayah Persekutuan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu melibatkan MYEG dan Zetrix...

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kampar, Chong Zhemin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat peranan Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd