• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,294 Kes Baharu Covid-19, 5 Kematian, 1,442 Sembuh

oleh
02/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,294 kes baharu Covid-19 dan lima kematian dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,268 kes adalah penularan tempatan manakala baki 26 kes merupakan kes import.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,442 menjadikan kumulatif kes sembuh dalam negara kini 332,443 kes. Seramai 168 individu sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 78 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19, di sini pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, negeri yang mencatat kes paling tinggi hari ini ialah Selangor dengan 455 kes, diikuti Sarawak (217); Pulau Pinang (139); Johor (103); Kuala Lumpur (88); Kelantan (66); Sabah (63); Pahang (57); Negeri Sembilan (31); Melaka (22); Kedah (21); Perak (14); Terengganu (8); Putrajaya (5); Labuan (4); manakala satu kes baharu dilaporkan di Perlis.

Sementara itu, 10 kluster baharu dikesan membabitkan tujuh kluster tempat kerja iaitu Kluster Banjaran Gading dan Simpang Empat di Sabah; Selangor (Industri Bukit Angkat); Johor (Jalan Taat); Kuala Lumpur (Jalan Bukit Nanas); Negeri Sembilan (Jalan Padang); dan Terengganu (Wakaf Chagak).

Beliau berkata, selain itu, dua kluster komuniti dilaporkan iaitu Kluster Kalindukan di Sabah dan Kluster Permatang Pasir di Negeri Sembilan, manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan, iaitu Kluster Pekan Batu di Selangor.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,025 kluster tamat setakat ini termasuk sembilan pada Jumaat. – BERNAMA

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd