• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusli Bangga Berkhidmat Di Bawah 10 Agong

oleh
01/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas hampir empat dekad Istana Negara menjadi rumah keduanya, Rusli Asri, 60, mungkin boleh dikatakan antara bentara istana paling bertuah kerana mencatat sejarah berkhidmat di bawah 10 Yang di-Pertuan Agong.

Lebih manis lagi, Rusli yang mula bertugas di Istana Negara ketika era Yang di-Pertuan Agong ke-7 (Almarhum) Sultan Ahmad Shah pada usia 20 tahun, beliau mengakhiri kerjayanya semasa berkhidmat di bawah anakanda Almarhum, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Rusli yang bersara wajib bermula 30 Mac lalu menzahirkan perasaan sedih dan sebak apabila meninggalkan Istana Negara, tempat bersemayamnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, yang sudah sebati dengan jiwanya.

“Perpisahan ini amat perit sebab 40 tahun bukan tempoh yang sekejap. Kalau kata tak rindu istana ini tipulah. Kehidupan di Istana Negara sudah sebati dengan jiwa,” katanya ketika ditemui Bernama di Istana Negara baru-baru ini.

Rusli memulakan kerjayanya sebagai pelayan pejabat di Istana Negara sebelum bergelar Bentara Istana dan dilantik menjadi Ketua Bentara pada 2014.

Antara skop tugas Rusli sebagai bentara ialah memayungi Yang di-Pertuan Agong dan membentangkan sejadah untuk Seri Paduka Baginda bersolat serta menjaga etika pemakaian tetamu dalam majlis-majlis yang dihadiri Seri Paduka Baginda.

Menceritakan pengalamannya, walaupun sudah lama bergelar Ketua Bentara, Rusli berkata, sepanjang perkhidmatannya, beliau tetap tidak dapat lari daripada perasaan gementar kerana khuatir sekiranya melaksanakan tugasan dengan kurang sempurna.

Sepanjang perkhidmatannya di bawah 10 Yang di-Pertuan Agong, Rusli berkata, beliau sentiasa memastikan komitmen penuh dalam setiap tugasannya.

Ditanya perancangan beliau selepas ini, bapa kepada tiga anak itu termasuk seorang anak perempuan yang dinamakan bersempena nama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berhasrat berhijrah ke kampung isterinya di Muar, Johor dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima menghadap Rusli dan dua lagi kakitangan Istana Negara yang turut bersara wajib pada Mac lepas, iaitu Pegawai Khidmat Pelanggan, Yahya Abdul dan seorang lagi bentara istana, Ahmad Ali.

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada ketiga-ketiga kakitangan berkenaan atas khidmat bakti dan jasa mereka sepanjang berkhidmat di Istana Negara. – BERNAMA

Tags: bentara istanaIstana NegaraYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd