• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Individu Termasuk Pengarah Urusan Bank Ditahan SPRM

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat individu termasuk bekas presiden merangkap pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pinjaman kewangan berjumlah RM400 juta kepada sebuah syarikat.

Kesemua individu berusia lingkungan 49 hingga 53 tahun itu ditangkap di sekitar Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut sumber, keempat-empat individu yang ditahan itu menerima rasuah yang dianggarkan sebanyak SGD3,168.366.00 iaitu kira-kira RM8 juta sebagai komisen untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan sebanyak RM400 juta bagi projek yang dipercayai tidak wujud.

“Ini adalah suatu perbuatan licik dengan kerjasama ‘orang dalam’ iaitu dengan sengaja mewujudkan projek yang tidak sah dengan tujuan untuk memohon pinjaman kewangan,” katanya.

Menurutnya, setelah pinjaman kewangan diluluskan dan wang diperoleh, syarikat yang memohon telah ditutup dan projek tidak dilaksanakan.

“Pengarah urusan bank tersebut dikatakan telah memberikan keistimewaan meluluskan pinjaman tersebut tanpa mengikut prosedur dan kajian kebolehlaksanaan (due dilligent) disebabkan rasuah diterima,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penahanan tersebut.

“Keempat-empat individu itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat.

“Kes disiasat di bawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya. – Sinar Harian

Tags: BankdatukrasuahSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd