• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Negara Beri Amaran Mengenai Kelekaan Tangani Pandemik

oleh
31/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebarang kelekaan dalam menangani pandemik boleh mengakibatkan penularan semula dan seterusnya mendorong penguatkuasaan semula langkah pembendungan yang ketat, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, masih wujud ketidakpastian yang ketara mengenai evolusi dan trajektori pandemik biarpun ekonomi telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan program imunisasi vaksin untuk membendung pandemik telah pun bermula di seluruh dunia.

“Setelah tahun 2020 meninggalkan kita, situasi krisis paling teruk juga mungkin sudah kita lewati. Namun begitu, masih banyak cabaran yang perlu dihadapi pada masa hadapan,” kata gabenor bank pusat dalam Laporan Tahunan BNM 2020 yang diedarkan di sini pada Rabu.

Kes baharu harian Covid-19 di negara ini bagi tempoh 24 jam lepas meningkat semula kepada empat digit apabila 1,133 kes dilaporkan semalam, selain lima lagi kematian direkodkan.

Jumlah kes sembuh pula ialah 1,148, menjadikan kumulatif kes pulih kini 344,018, manakala kes aktif setakat ini 14,199.

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, isu pemulihan ekonomi yang tidak sekata dan kesan yang berpanjangan dalam beberapa sektor juga akan menjejaskan potensi pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

“Memandangkan masih wujud ketidakpastian mengenai tahap pemulihan ekonomi, teras dasar monetari pada tahu 2021 akan kekal akomodatif bagi menyokong pemulihan ekonomi yang teguh dan berterusan,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan keupayaan sektor kewangan memberikan sokongan tahun lepas membuktikan betapa mustahaknya membina penampan terutamanya semasa ekonomi mencatatkan pertumbuhan yang kukuh bagi mewujudkan sistem kewangan yang mampan dan berdaya tahan.

Tahun lepas, bank pusat itu telah mengurangkan kadar dasar semalaman ke paras paling rendah dalam sejarah bagi memastikan mudah tunai mencukupi dan keadaan pasaran kekal teratur.

Ia turut melancarkan bantuan bayaran balik hutang dan program pendanaan untuk industri kecil dan sederhana bangi mengurangkan masalah aliran tunai.

Nor Shamsiah berkata bank pusat itu beriltizam untuk melaksanakan mandatnya dengan standard profesionalisme dan integriti tertinggi serta membuat pertimbangan teliti dalam apa jua tindakan.

“Meskipun ekonomi negara kini semakin pulih daripada pandemik, masih banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan. Dalam persekitaran yang sangat tidak menentu ini, tiada ruang untuk kita cepat berasa selesa,” ujar beliau. – BERNAMA

Tags: Bank Negara Malaysiapandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

05/08/2022
0

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 29 Julai 2022, meningkat berbanding AS$107 bilion yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd