• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Ke Langkawi Buka Cawangan Baharu Chatime

oleh
31/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz sedang menjalankan lawatan kerja di tiga lokasi di utara semenanjung bagi pembukaan cawangan baharu.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, pasangan itu melakukan lawatan kerja di Sungai Petani, Langkawi dan Kangar.

“Lawatan ini membabitkan beberapa kakitangan dari bahagian operasi dan pengurusan Chatime Malaysia.

“Kebenaran merentas negeri ke Langkawi diperoleh dari balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni dilaporkan berkata, Neelofa ke pulau peranginan berkenaan bersama tiga yang lain.

Menurutnya, wakil sebuah syarikat produk minuman membuat permohonan rentas negeri di Balai Polis Sri Hartamas.

“Hasil semakan mendapati borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan keluar empat individu itu bermula 27 Mac hingga 4 April untuk urusan kerja.

“Syarikat terbabit mengemukakan surat tertera nama Neelofa dan tiga yang lain sebagai mewakili mereka untuk melawat lokasi perniagaan yang akan dibuka di sana,” katanya.

Semalam, beberapa gambar memaparkan Neelofa dan Haris berada di Langkawi tular di media sosial dengan dakwaan mereka berbulan madu. – myMetro Online

Tags: chatimeLangkawiNeelofaPU Riz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd