• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,360 Kes Baharu COVID-19, 2 Kematian, 1,491 Pulih

oleh
25/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,360 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 338,168 kes dengan jumlah kes aktif 14,504 kes serta dua kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya satu kes import dilaporkan, manakala 1,359 kes lagi membabitkan penularan tempatan. 

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 356 kes diikuti Sarawak (308 kes) dan Johor (129 kes). 

“Sebanyak 62 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) membabitkan Kluster Tembok Tapah (27 kes), Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Muhasabah (12 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes) dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Noor Hisham berkata, terdapat 157 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 72 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

“Sebanyak 1,491 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 322,416 kes atau 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

“Terdapat dua kes kematian dilaporkan hari ini di Sarawak dan Selangor membabitkan warga tempatan masing-masing berusia 72 dan 89 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Dua kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,248 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd