• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Abang Polis’ Payung Warga Emas Terima Penghargaan

oleh
25/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap prihatin seorang anggota polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, yang bertindak memayungkan seorang warga emas dalam keadaan hujan lebat Ahad lalu, bukan sahaja mendapat pujian daripada netizen, tetapi turut mendapat penghargaan daripada wakil rakyat kawasan itu.

Bagi Koperal Fairul Azizi Che Mansor, 36, surat penghargaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya Michelle Ng bukan sahaja istimewa buat dirinya, tetapi juga pengiktirafan kepada pasukan beruniform itu yang menyambut hari ulang tahun ke-214 hari ini.

“Surat penghargaan ini mungkin biasa bagi sesetengah pihak, tetapi bagi saya ini ia satu bentuk penghargaan masyarakat kepada anggota keselamatan yang berkhidmat tanpa mengenal jemu semata-mata demi keselamatan orang ramai.

“Ia akan menjadi pembakar semangat saya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat selepas ini,” katanya yang menerima surat penghargaan itu dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini, semalam.

Menceritakan kembali kejadian pada Ahad lalu, Fairul Azizi berkata beliau ketika itu berada di kaunter pertanyaan sebelum terpandang seorang warga emas dalam lingkungan 70-an kelihatan dalam kepayahan untuk keluar daripada kereta dengan menggunakan sepasang topang dalam keadaan hujan lebat.

“Saya hanya membantu dengan meminjam payung daripada pengadu yang ada di balai ketika itu dan pergi ke arah lelaki itu untuk membantu, tetapi saya tidak sangka video perkara itu tular sehingga mendapat perhatian netizen di media sosial,” katanya.

Sejak dua hari lalu tular di media sosial video yang memaparkan tindakan seorang anggota polis memayungkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), pergi ke Balai Polis USJ 8 untuk membuat laporan mengenai kes kemalangan dialami. 

Keadaan hujan lebat ketika itu menyebabkan pakaian warga emas itu basah sehingga anggota polis itu mengambil inisiatif memberikan pakaian miliknya kepada warga emas itu.

Video yang turut dimuat naik di laman sosial Facebook Ibu Pejabat Polis Subang Jaya meraih sebanyak lebih seribu tanda suka dan dikongsi sebanyak 409 kali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman menghargai sikap masyarakat yang nampak kebaikan dilakukan oleh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM). – BERNAMA

Tags: abang polisanggota polisPDRMwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd