• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zii Jia Juara Seluruh England 2021

oleh
22/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia melakar sejarah apabila muncul juara Seluruh England selepas menewaskan juara bertahan, Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9.

Kejayaan itu pasti cukup manis untuk Zii Jia kerana dapat membalas dendam selepas dikecewakan Axelsen pada aksi separuh akhir di pentas sama tahun lalu.

Zii Jia muncul pemain pertama negara memenangi kejohanan berprestij itu selepas kali terakhir dimenangi bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada 2017.

Ia juga adalah kemenangan kedua Zii Jia ke atas Axelsen sepanjang lima pertemuan antara mereka.

Namun bukan sesuatu yang mudah untuk Zii Jia memenangi aksi final itu terutama di set pertama apabila dia hanya dapat melakar kemenangan selepas beraksi selama 30 minit.

Zii Jia berpeluang untuk menamatkan perlawanan di set kedua apabila pada satu ketika mendahului 18-14 namun Axelsen bangkit meraih kemenangan 22-20.

Set ketiga menyaksikan Axelsen kepenatan dan semakin hilang tumpuan dengan Zii Jia kekal fokus sekali gus melakar kemenangan mutlak.

Dengan kemenangan itu, Zii Jia meraih ganjaran AS$59,500 (RM244,000). – myMetro Online

Tags: badmintonseluruh englandZii Jia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Olimpik Paris 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Terima Habuan Kereta Mewah

Olimpik Paris 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Terima Habuan Kereta Mewah

06/08/2024
0

PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mendapat habuan pertama susulan meraih...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd