• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,213 Kes Baharu Covid-19, 3 Kematian Hari Ini

oleh
18/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 dalam negara pada hari ini mencatatkan 1,213 kes dan tiga kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan kumulatif 328,466 kes Covid-19 dalam negara ini.

Menurutnya, kes sembuh pula didapati mengatasi kes baharu dengan 1,503 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes berjaya dirawat setakat ini adalah sebanyak 312,461 kes.

“Kes baharu itu membabitkan sebanyak 1,207 kes penularan tempatan dan selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Berdasarkan laporan yang diterima, Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 353 kes diikuti Sarawak (303), Johor (142), Pulau Pinang (104), Kuala Lumpur (79) dan Sabah (73), 

“Selain itu, Perak mencatatkan 39 kes, Kedah (38), Negeri Sembilan (23), Kelantan (20), Terengganu ( 15), Pahang (14) dan Labuan (2).

“Perlis dan Putrajaya pula tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 155 pesakit masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiga kematian direkodkan membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,223 kes iaitu 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd