• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Kluster Baharu, 10 Kluster Tamat Hari Ini

oleh
18/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini membabitkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikesan ialah kluster tempat kerja yang dikenali sebagai Kluster Tapak Bina Persiaran Setia di Selangor.

“Selain itu, turut dikesan ialah Kluster Tapak Bina Sunsuria di Selangor, Kluster Jalan Wawasan Sembilan di Johor, Kluster Melamam di Sabah dan Kluster Jalan Asuhan di Perak.

“Kluster komuniti yang dikesan pula membabitkan Kluster Sungai Atal di Sarawak, Kluster Kampung Padang Tembak di Sabah dan Kluster Bunga Tanjung Bendahara di Kedah.

“KKM turut mengesan satu kluster pusat tahanan iaitu Kluster Depot Imigresen Semuja di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat 10 kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Jawek, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Gemilang Lima, Kluster Kampung Tandak, Kluster Gong Nering, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Matambai, Kluster Kejuruteraan Subang Baru, dan Kluster Tapak Bina Jalan Valdor.

“Kluster yang mencatatkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (99 kes), Kluster Jalan Wawasan Sembilan (47 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (32 kes).

“Sebanyak 428 kluster dikesan masih aktif setakat ini dan 848 kluster tamat sehingga hari ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd