• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Adham, Mohd Zuki Terima Dos Kedua Vaksin COVID-19

oleh
18/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Turut menerima suntikan dos kedua itu di Klinik Kesihatan Presint 18 di sini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah bersama tiga petugas barisan hadapan kementerian iaitu Tawfik Adnan yang bertugas sebagai pemandu, Farid Md Ithnin, Pembantu Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya dan Yusniza M Yusof, jururawat di Klinik Kesihatan, Presint 11. 

Suntikan dos kedua itu dilakukan selepas 21 hari kesemua mereka menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 25 Februari lalu.

“Kesemua yang menerima suntikan hari ini melengkapkan pengambilan vaksin COVID-19 dan menerima ‘My COVID-19 Vaccination badge’ selain sijil digital menerusi aplikasi MySejahtera,” menurut hantaran di laman sosial Facebook KKM hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Presint 18 bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas barisan hadapan KKM.

Hari ini adalah hari ke-22 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejak bermula pada 24 Februari lalu dan setakat semalam, sejumlah 367,000 sudah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19. – BERNAMA

Tags: Dr Adham Babamohd zuki alivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd