• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Terus Rendah

oleh
17/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kawalan penularan COVID-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan positif apabila kadar kebolehjangkitan (Rt) kekal pada kadar 0.87, manakala jumlah zon hijau khususnya di Semenanjung semakin bertambah.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di Facebook hari ini, nilai Rt mengikut kes seharian kekal 0.87 untuk empat hari berturut-turut.

Nilai Rt merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif, dengan semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang lain.

Selain itu, data dikongsi Dr Noor Hisham menunjukkan kadar kebolehjangkitan di Terengganu adalah tertinggi berbanding negeri lain apabila mencatat nilai Rt 1.16, diikuti Pulau Pinang (1.08), Sarawak (1.01) dan Kedah (1.0).

Semua negeri lain mencatat nilai Rt di bawah satu iaitu Wilayah Persekutuan Labuan dengan 0.96, Pahang (0.93), Kelantan (0.91), Selangor (0.90), Sabah (0.83), Melaka (0.81), Kuala Lumpur dan Johor (0.79), Perak (0.64) serta Negeri Sembilan (0.61).

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai Rt sifar kerana tiada kes baharu.

Berdasarkan unjuran data dikongsi itu, kes baharu harian COVID-19 boleh mencecah antara 5,000 hingga 10,000 kes jika nilai Rt melonjak kepada 1.2.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam muat naik sama di Facebook, mengingatkan orang ramai kes baharu yang kini menunjukkan trend menurun dan semakin menghampiri tiga angka, boleh kembali meningkat jika prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

Dr Noor Hisham turut berkongsi data pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 di Malaysia sejak 3 Mac lalu dan sehingga semalam, sebanyak 21 daerah kembali kepada zon hijau, 64 daerah zon kuning, 25 daerah zon jingga dan 49 daerah zon merah.

Data itu menunjukkan 11 daerah di enam negeri di Semenanjung kembali kepada zon hijau semalam, berbanding hanya lapan 14 hari lalu.

Daerah yang direkodkan sebagai zon hijau itu ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Langkawi dan Yan di Kedah; Gua Musang, Kelantan; Hulu Terengganu, Terengganu; Raub dan Cameron Highlands, Pahang; Jelebu, Negeri Sembilan serta Hulu Perak dan Kampar, Perak. 

Dalam tempoh 14 hari antara 3 Mac lalu hingga semalam, sebanyak 20,545 kes baharu COVID-19 dicatat di seluruh negara, dengan daerah Hulu Langat merekodkan kes tertinggi dalam tempoh itu iaitu 2,989 kes.

Ia disusuli Petaling dengan 2,679 kes dan Johor Bahru (1,164), manakala semua daerah lain mencatat bawah 1,000 kes dalam tempoh berkenaan. – BH Online

Tags: Covid-19KKMRt
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd