• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Lawat Pusat Vaksinasi KKKL

oleh
16/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melawat Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL), di sini.

Baginda meluangkan masa kira-kira sejam untuk meninjau aktiviti berkaitan vaksinasi COVID-19 terutamanya di KKKL sebagai Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV). 

Keberangkatan baginda di KKKL disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; dan Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Datuk Dr Param Jeeth Singh.

Sebaik tiba, Al-Sultan Abdullah diberikan taklimat mengenai operasi klinik kesihatan itu oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga merangkap Ketua Klinik KKKL, Dr Baizury Bashah.

Seri Paduka seterusnya meninjau bilik penyimpanan vaksin yang menempatkan peti sejuk suhu ‘ultra rendah’ (ULTF) sebelum melawat enam stesen berkaitan pemberian vaksin, bermula dengan stesen saringan gejala, kaunter pendaftaran, stesen kaunseling dan stesen persetujuan penerimaan vaksin.

Di stesen vaksinasi, Al-Sultan Abdullah berkenan memerhati petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada dua petugas barisan hadapan iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Muhammad Asyaraf Zulkifli dan Mohd Hafiz Sayuti. 

Sejak 25 Februari hingga hari ini, seramai 2,490 petugas barisan hadapan di KKKL diberi suntikan vaksin iaitu 99.7 peratus daripada sasaran yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan klinik kesihatan itu, manakala baki enam penerima dijadualkan mendapatkan vaksin itu esok.

Suntikan dos kedua vaksinasi dijadual akan bermula pada 18 Mac ini.

Sebelum berangkat melawat Pusat Vaksinasi Kem Sungai Besi selepas itu, Al-Sultan Abdullah sempat meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan itu. – BERNAMA

Tags: vaksin covid-19Yang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd