• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Mohon Batal Saman 10 Pengundi Parlimen Gombak

oleh
12/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari sebagai ahli Parlimen kawasan itu.

Mohamed Azmin memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Zharif Nizamuddin atas alasan saman tersebut tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah sebaliknya mengaibkan, bersifat remeh, menyusahkan atau membawa kepada suatu penyalahgunaan proses mahkamah serta bertentangan atau ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan itu dibuat atas alasan tuntutan saman berkenaan bertujuan melanggar hak asasi defendan iaitu kebebasan berpersatuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang mana mahkamah tidak harus memberikan bantuan atau pertolongan kepada apa-apa tuntutan yang secara jelas dan terang-terangan melanggar perlembagaan tersebut.

Peguam Nizamuddin Hamid yang mewakili Mohamed Azmin ketika dihubungi pemberita berkata, mahkamah mengarahkan anak guamnya memfailkan afidavit sokongan sebelum atau pada 24 Mac ini.

“Mahkamah juga menetapkan tarikh sama (24 Mac) untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya selepas pengurusan kes menerusi dalam talian (e-review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Maslinda Selamat pada Jumaat.

Kesemua 10 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Gombak itu telah memfailkan saman tersebut pada 27 November lalu terhadap Mohamed Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari tahun lalu.

Pernyataan tuntutan mereka menyebut kesemua plaintif, berusia lingkungan 36 dan 64 tahun, memohon antara lain pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajiban fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.

Pengundi itu mendakwa dengan memungkiri representasi berkenaan, defendan telah melanggar hak perlembagaan, terutamanya prinsip demokrasi berparlimen dan demokrasi perwakilan yang membentuk sebahagian struktur asas perlembagaan.

Oleh itu, kesemua plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah melanggar kewajiban fidusiarinya dan tugas-tugas yang terhutang kepada plaintif selain melakukan penipuan terhadap mereka serta menuntut ganti rugi keterlaluan dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: Mohamed Azmin AliParlimen Gombakpengundi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan sedikit peralihan pengundi, namun keputusan masih dipengaruhi oleh jumlah pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd