• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Farmasi Komuniti Disenarai Penerima Vaksin Fasa 1

oleh
12/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di seluruh negara akan mendapat suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama selepas mereka dimasukkan dalam Kategori 2, Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan Bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), semalam, yang dipengerusikannya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

“Kategori 2 merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terbabit dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.

“Ini susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG). Keputusan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di Malaysia untuk diberikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, petugas barisan hadapan di Jabatan Kecemasan di hospital yang sebelum ini tidak termasuk dalam keutamaan awal kini mendapat keutamaan baharu untuk menerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama PICK yang sedang berjalan ketika ini. – BH Online

Tags: ahli farmasiDr Adham Babavaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd