• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,448 Kes Baharu Covid-19, 5 Kematian

oleh
10/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1,448 kes positif baharu Covid-19 direkodkan, hari ini, sekali gus menjadikan hari kelima berturut-turut di bawah 2,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif itu membabitkan 1,438 kes tempatan dan 10 import dengan jumlah keseluruhan kes 317,717.

Beliau berkata, kes sembuh pula sebanyak 2,147 kes dengan jumlah kes sembuh keseluruhan 298,516 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 561 kes membabitkan 484 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti Johor sebanyak 273 kes dan Sarawak sebanyak 199 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lima kes kematian dicatatkan pada hari ini membabitkan dua kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Johor, Melaka, dan Sabah. 

Menurutnya, semua kes kematian itu membabitkan warganegara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Katanya, sebanyak 151 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 72 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd