• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

99,616 Sudah Terima Vaksin COVID-19

oleh
05/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah penerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Malaysia kini menghampiri 100,000 orang, setakat semalam.

Data daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham di Facebook, hari ini menunjukkan sejumlah 99,616 penerima dalam kalangan petugas barisan hadapan sudah menerima vaksin berkenaan.

Jumlah itu berjaya dicapai hanya dalam tempoh sembilan hari sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan pada 24 Februari lalu, apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin berkenaan.

Data agihan vaksin mengikut negeri itu menunjukkan individu di Sarawak paling ramai menerima vaksin itu setakat ini dengan 14,134 dos, disusuli Kuala Lumpur (10,970) dan Kelantan (10,941).

Perak pula sudah memberikan 8,844 dos vaksin Pfizer-BioNTech, selain Pahang (8,546), Johor (8,470), Selangor (6,483), Kedah (5,171) dan Terengganu (4,570).

Selain itu, Negeri Sembilan sudah memberikan 4,332 dos vaksin, manakala Pulau Pinang dengan 4,034, Melaka (3,740), Sabah (3,492), Putrajaya (2,054), Labuan (1,939) dan Perlis (1,896).

Malaysia kini berada dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan, antara hujung Februari hinga April depan.

Fasa 2 imunisasi, yang bakal membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac, dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa 3 pula akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan dan disasarkan untuk sekitar 13.7 juta penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing. – BH Online

Tags: petugas barisan hadapanPfizer-BioNTechvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd