• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,276 Sembuh, 7 Kematian, 1,745 Kes Baharu COVID-19

oleh
03/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,276 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini, melebihi kes baharu iaitu 1,745 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 280,707 kes atau 91.8 peratus manakala kes kes baharu berjumlah 305,880 kes.

Beliau berkata, daripada daripada 1,745 kes baharu dicatatkan hari ini, dua daripadanya adalah kes import yang membabitkan warga asing.

“Manakala penularan kes tempatan adalah 1,743 kes iaitu 1,037 warganegara (59.5 peratus) dan 706 bukan warganegara (40.5 peratus).

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 24,025 kes. Pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 195 kes termasuk 95 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Terdapat tujuh kes kematian direkodkan hari ini menjadikan 1,148 kes kematian kumulatif atau 0.38 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tujuh kematian itu membabitkan enam warganegara dan seorang bukan warganegara.

Menurutnya, kes kematian itu membabitkan dua kes di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, dan Kelantan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 640 kes (36.7 peratus) membabitkan 503 kes (78.6 peratus) daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti Johor sebanyak 376 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 139 kes (8.0 peratus),” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 47 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di penjara.

Menurutnya, kluster penjara berkenaan ialah Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (satu kes). – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd