• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPN Sasar 500,000 Peluang Pekerjaan Tahun Ini

oleh
01/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) bagi mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengangguran.

MPN merupakan badan tertinggi dalam penetapan dasar, strategi dan pemantauan pelaksanaan inisiatif berkaitan penciptaan pekerjaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi tahun ini, MPN menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Untuk tujuan ini, kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melaksanakan program Penjana Kerjaya 2.0 dan pemerkasaan portal MYFutureJobs bagi menggalakkan majikan mengambil dan melatih pekerja-pekerja baharu.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 161,603 pencari kerja telah ditempatkan di dalam pekerjaan baharu,” katanya semasa berucap semasa Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.

Pada tahun lalu, sebanyak 107,024 kes pemberhentian kerja dilaporkan manakala 14,273 kes lagi dilaporkan sehingga 21 Februari lalu.

Muhyiddin menambah, setakat 26 Februari, seramai 25,648 orang telah berjaya mendapat pekerjaan.

“Melalui MyFutureJobs, terdapat 243,892 tawaran pekerjaan yang masih terbuka untuk pencari kerja di mana 143,320 peluang pekerjaan telah diwujudkan menerusi portal,” katanya. – Sinar Harian

Tags: majlis pekerjaan negarapeluang pekerjaanpengangguran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Sasar KDNK RM260 Bilion Menjelang Tahun 2030 – MB Onn Hafiz

Johor Sasar KDNK RM260 Bilion Menjelang Tahun 2030 – MB Onn Hafiz

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini mencecah RM260 bilion menjelang tahun 2030 menerusi...

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd