• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Persekolahan Murid Prasekolah, Tahun 1 Dan 2 Hari Ini

oleh
01/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Segala persiapan telah diatur bagi menyambut kehadiran murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua di sekolah rendah seluruh negara hari ini, selepas ditutup berikutan pandemik Covid-19.

Bagi murid yang belum mempunyai pakaian seragam, Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan mereka memakai pakaian biasa ke sekolah dan kebenaran tersebut diberikan sehingga 26 Mac ini (apabila cuti penggal pertama bermula).

Pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka selepas ia ditutup di seluruh negara mulai 9 November tahun lalu, juga menyaksikan murid dan guru menyesuaikan diri dengan normal baharu serta prosedur operasi standard (SOP).

Tidak mengambil mudah aspek SOP, KPM mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula dan Model Pengawalan Keberadaan Murid di Pintu Pagar Sekolah untuk semua sekolah di seluruh negara.

Ia mengandungi panduan pengurusan dalam pelbagai aspek merangkumi bermula murid sampai ke pintu pagar sekolah, ketika murid berada di sekolah dan SOP ketika pulang ke rumah.

Selain sekolah rendah, Kolej Vokasional juga dibuka pada Isnin.

Bagi murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 8 Mac manakala sekolah menengah akan bermula pada 4 April (di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 5 April bagi negeri-negeri lain.

Sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta akan dibuka semula pada 8 Mac.

Bagaimanapun, sesi persekolahan secara bersemuka di daerah Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri di Sarawak ditangguhkan sehingga 14 Mac disebabkan situasi semasa Covid-19 di kawasan itu.

Walaupun keadaan pandemik Covid-19 masih belum reda di Malaysia dan terdapat juga beberapa negeri yang masih di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pembukaan semula sekolah dilihat perlu bagi mengimbangi keperluan akses pendidikan dalam persekitaran yang selamat bagi memastikan pelajar tidak jauh ketinggalan dalam pembelajaran. – BERNAMA

Tags: pandemik COVID-19persekolahanPrasekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

Prasekolah Akan Bermula Usia 5 Tahun, Darjah Satu Pula 6 Tahun Bermula 2027 – PM Anwar

Prasekolah Akan Bermula Usia 5 Tahun, Darjah Satu Pula 6 Tahun Bermula 2027 – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Bermula tahun depan, pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, sementara tahun satu pula bermula pada usia enam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd