• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama Ganas 2 Penjenayah Di Sungai Buloh

oleh
26/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak ganas merempuh beberapa kenderaan di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh di sini.

Kejadian itu yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi apabila suspek bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun dalam keadaan kenderaan dinaiki terkepung.

Saksi kejadian berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari tadi apabila anggota polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta model Proton Waja.

“Bagaimanapun dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandu kereta itu sebaliknya menekan minyak dan merempuh lori yang berada di hadapannya.

“Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah,” katanya.

Menurutnya, suspek yang cuba merempuh anggota polis menyebabkan dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan kiri kereta itu.

Malah kereta penjenayah turut mengundur dan merempuh beberapa kenderaan lain.

“Saya rasa anggota polis terbabit amat berdiplomasi dan menggunakan kekerasan minimum. Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun berpeluang melakukannya.

“Malah penjenayah akhirnya berjaya melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar kenderaan pancit,” katanya.

Berdasarkan maklumat, kereta penjenayah akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai.

“Dua penjenayah di dalamnya dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran,” katanya. – myMetro Online

Tags: anggota polispenjenayahrempuh kenderaantembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd