• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keberkesanan Vaksin Sinovac China Diketahui Menerusi Data Akhir

oleh
25/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar keberkesanan vaksin Sinovac keluaran China hanya akan diketahui menerusi data akhir yang diterbitkan Sinovac Biotech. 

Pakar virologi dari Universiti Malaya, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata maklumat mengenai keberkesanan Sinovac yang dikatakan antara 50.4 hingga 91.25 peratus ialah sekadar data interim.

Katanya, ia diterbitkan negara yang melakukan ujian klinikal fasa ketiga seperti Brazil, Turki dan Indonesia menerusi pendekatan masing-masing.

“Mengapa julat kadar keberkesanan Sinovac terlalu jauh? Ini kerana setiap negara yang menjalankan ujian klinikal fasa ketiga mempunyai perbezaan terhadap kelompok peserta.

“Brazil mencatatkan perangkaan 50.4 peratus disebabkan mereka menguji vaksin ini dalam kalangan petugas barisan hadapan. Persoalannya, apa kaitan golongan ini dengan kadar keberkesanan rendah? 

“Petugas barisan hadapan sangat peka dan sensitif kepada sebarang perubahan. Walaupun hanya mengalami sedikit peningkatan suhu, lesu atau bengkak, ia akan dilaporkan, sekali gus mempengaruhi perangkaan.

“Apa yang tidak diketengahkan ialah kajian klinikal fasa ketiga Sinovac di Brazil melakar kejayaan 100 peratus apabila tiada petugas barisan hadapan di negara itu memerlukan rawatan rapi atau meninggal dunia selepas mendapat suntikan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Berdasarkan data interim, ujian klinikal fasa ketiga Sinovac di Turki, membabitkan 7,000 sukarelawan mencatatkan keberkesanan 91.25 peratus, manakala Indonesia dengan 1,600 sukarelawan merekodkan keberkesanan 65 peratus.

Kajian klinikal di Turki dikatakan meliputi petugas kesihatan dan orang awam, sementara Indonesia hanya merangkumi orang awam.

Ditanya mengenai keperluan mengambil satu atau dua dos suntikan, Sazaly berkata, itu tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA).

Beliau berkata, persoalan sedemikian kini tertumpu kepada vaksin AstraZeneca, keluaran syarikat farmaseutikal dari United Kingdom (UK) yang masih menanti kelulusan NPRA.

“AstraZeneca bukan hanya memerlukan satu dos suntikan. Sebaliknya, mereka mengkaji kadar keberkesanan sekiranya suntikan kedua dilambatkan, iaitu selepas tiga bulan.

“Ini kerana kajian mendapati apabila kita lambatkan pengambilan suntikan kedua vaksin, ia memberi perlindungan dan pembentukan sistem pertahanan badan yang lebih baik.

“Semua perkara ini akan diteliti menerusi data yang dibekalkan kepada NPRA, sebelum kelulusan bersyarat seperti diperoleh Pfizer diberikan terhadap AstraZeneca, Sinovac dan lain-lain,” katanya. – BH Online

Tags: Sinovacvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd