• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 10,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan

oleh
25/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021 Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ini menerima sambutan begitu menggalakkan sejak pendaftaran sesi temu duga terbuka dibuka kepada orang ramai pada 18 Februari lalu.

Dalam kenyataan hair ini, Perkeso berkata, sehingga 23 Februari 2021, 12,303 peserta sudah membuat pendaftaran awal secara dalam talian.

Katanya, daripada jumlah itu, 3,701 adalah graduan baharu, 5,427 individu tidak bekerja manakala 110 calon daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). 

“Majoriti peserta yang mendaftar adalah belia dalam kumpulan umur antara 22 hingga 25 tahun iaitu seramai 4,585 orang. 

“Secara keseluruhannya, sesi temu duga terbuka ini disertai oleh 78 majikan daripada pelbagai industri yang menawarkan 10,802 kekosongan jawatan. 

“Peluang pekerjaan terbanyak yang ditawarkan adalah sektor pemborongan dan peruncitan dengan kekosongan jawatan tertinggi iaitu 3,010 jawatan.

“Diikuti oleh sektor pembuatan dengan 2,438 jawatan, sektor perkhidmatan lain (2,286) dan sektor kesihatan awam dan sosial (1,046), manakala peluang pekerjaan yang ditawarkan ini meliputi 3,492 jawatan eksekutif dan 6,910 jawatan bukan eksekutif,” katanya.

Selain itu, 1,896 jawatan kosong juga disediakan bagi golongan OKU. 

Antara jawatan yang ditawarkan oleh majikan yang menyertai program ini adalah jurutera, pengurus jualan, peguam, juruteknik, eksekutif pemasaran, penyelia perusahaan, pembantu audit dan tukang masak. – myMetro Online

Tags: KSMpeluang pekerjaanpenjana kerjaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

01/10/2022
0

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 September lepas dan daripada...

Isu P-Hailing: KSM Bakal Buat Pengumuman Penting

Isu P-Hailing: KSM Bakal Buat Pengumuman Penting

12/08/2022
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal membuat satu pengumuman penting dalam masa terdekat berkaitan dengan isu kebajikan pekerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd