• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Utamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan – UMNO

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat membuktikan Seri Paduka Baginda mengutamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip Rukun Negara termasuk kerajaan (Eksekutif).

Beliau menyifatkan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah membuktikan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara yang memayungi rakyatnya meletakkan sistem Demokrasi Berparlimen pada tahap amat tinggi.

“Pendirian agar Parlimen kembali bersidang sesegera mungkin adalah selari dengan hasrat memelihara peranan ‘legislative oversight’ atau semak dan imbang yang dimainkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Shahril Sufian menjelaskan pendirian itu mendorong kepimpinan UMNO sebelum ini menggesa suatu solusi yang membenarkan persidangan Parlimen tanpa membelakangi titah Seri Paduka Baginda mengenai pengisytiharan proklamasi darurat.

Al-Sultan Abdullah pada Rabu menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri. – Sinar Harian

Tags: daruratParlimenPerlembagaanUMNOYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

Jimmy Puah Pengerusikan Kamar Khas Parlimen

Jimmy Puah Pengerusikan Kamar Khas Parlimen

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse daripada Pakatan Harapan (PH) diberi kepercayaan untuk mempengerusikan prosiding Kamar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd