• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Ini Langkah Permulaan Tamatkan Jangkitan COVID-19

oleh
24/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula hari ini diharap menjadi permulaan bagi menamatkan penularan pandemik itu di negara ini.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata program itu adalah ikhtiar penting untuk membendung pandemik berkenaan bersama rakyat.

“Satu sinar harapan dan langkah permulaan penamatan penularan jangkitan COVID-19 dengan pelancaran Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada hari ini. Insya-Allah.

“Ini adalah antara ikhtiar kita bersama dan semoga kita semua dilindungi. Amin,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu pada kira-kira jam 3 petang.

Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada Jumaat ini, bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin berkenaan untuk fasa pertama ini yang akan berlangsung hingga April depan.

Selain Muhyiddin, turut dijadualkan menerima vaksin itu pada petang ini ialah Dr Noor Hisham serta empat lagi warga kerja Kementerian Kesihatan.

Pada Ahad lalu, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech dihantar ke negara ini dengan sebahagian diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sementara sebahagian lagi ke Johor.

Vaksin berkenaan dibawa dari Singapura yang menjadi hab pengagihan vaksin COVID-19 ke negara-negara Asia Pasifik.

Setakat ini, Malaysia merekodkan kira-kira 286,000 kes jangkitan COVID-19 dengan 253,000 kes pulih manakala 1,062 kematian direkodkan sejak pandemik itu ‘melanggar’ negara Februari tahun lalu. – BH Online

Tags: Dr Noor HishamImunisasivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini

Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini

19/04/2023
0

PUTRAJAYA : Selepas 35 tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd