• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 22 Tahun Aje Ke Untuk 5 Pembunuhan?

oleh
19/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA 18 tahun Jean-Claude Romand yang berasal dari Perancis menipu keluarga dan rakan-rakan kononnya dia adalah seorang doktor.

Bukan setakat itu sahaja, malah dia meyakinkan keluarganya bahawa dia adalah seorang penyelidik di WHO.

Hakikatnya, dia memang pernah memasuki sekolah perubatan tetapi tidak pernah mengambil peperiksaan dan tidak pernah menjadi seorang doktor.

Dia meneruskan gaya hidup seorang pegawai perubatan dengan menjual harta bendanya, menggunakan wang isterinya atau dengan menipu duit saudara maranya dengan mengajak mereka melabur jumlah yang banyak untuk projek yanh sebenarnya tidak wujud.

Dia akan keluar “berkerja” di luar kawasan tetapi berakhir dengan duduk di bilik hotel berhampiran lapangan terbang sambil membaca journal dan buku perubatan.

Dia juga menghabiskan masa membaca travel guide untuk dijadikan modal bercerita kepada orang kononnya dia pergi ke merata tempat bagi tujuan kerja.

Selebihnya dia akan merayau ke sana sini dan melepak di bangunan WHO.

Namun, lama kelamaan, rahsianya mula dapat dihidu juga keluarganya.

Dia mulai gelabah.

Untuk mengelak orang mengetahui penyamarannya, Jean-Claude Romand memulakan siri pembunuhan bagi menutup rahsianya.

Malam pertama yakni pada 9 Januari 1993, dia membunuh isterinya dengan sebuah peralatan dapur atas katil.

Dia kemudiannya tidur bersebelahan mayat isterinya itu.

Keesokan paginya dia membangunkan kedua anaknya dan membuat mereka sarapan dan menonton kartun.

Malam itu ketika dia meletakkan mereka di tempat tidur dia menunggu mereka tidur, lalu menembak mereka berdua di kepala.

Pagi yang berikutnya, dia pergi ke rumah ibu bapanya dan menikmati makanan bersama mereka. Sejurus selepas makan, dia menembak mereka berdua pula termasuk anjing yang dibela keluarga itu.

Dan akhir sekali perempuan simpanannya.

Dia mengajaknya keluar makan malam. Dalam perjalanan dia sengaja mengambil laluan lain dan kemudian mengaku tersesat jalan.

Dia meminta perempuan simpannya keluar dari kereta dan mula mencekiknya dan menyemburkan gas pemedih mata di wajahnya.

Tetapi wanita itu melawan. Atas sebab-sebab tertentu Jean-Claude Romand tidak meneruskan niatnya, meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengatakan apa-apa mengenainya dan menghantarnya pulang.

Kesemua yang dibunuh itu adalah mereka yang mengetahui Jean-Claude Romand bukan seorang doktor.

Dia akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis.

Memotong cerita siasatan dan perbicaraan yang panjang, hakim hanya memberinya hukuman 22 tahun – sekitar 4 setengah tahun untuk setiap pembunuhan!! – menjadikannya salah satu hukuman paling mengejutkan dalam sejarah untuk pembunuhan lima orang.

Tahu apa yang lagi menyakitkan hati… Dia sudah dibebaskan. Lembaga parol membenarkan pembebasannya pada 2019. – Mynewshub.TV

Tags: Jean-Claude RomandpembunuhanPerancis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd