• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Saksi Kontak Rapat Rakan Positif COVID-19, Bicara Ditangguh

oleh
18/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan hari ini, selepas mahkamah dimaklumkan yang saksi pendakwaan ke-10 merupakan kontak rapat kepada seorang rakannya yang telah diuji positif COVID-19.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan itu ke 3 Mei selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan perkara itu apabila perbicaraan itu disambung semula selepas mahkamah berehat sebentar.

“Yang Arif, ketika sesi rehat Mohd Hazem Abd Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, menerima satu pesanan ringkas daripada rakannya, yang memaklumkan rakannya itu telah diuji positif COVID-19.

“Isnin lepas, saksi kami bertemu rakannya dalam sebuah bilik mesyuarat untuk tempoh lebih satu jam dan kurang dua jam. Mereka duduk berjarakan dua meter tetapi mesyuarat mereka diadakan lebih daripada satu jam.

“Sehubungan itu, saya memohon arahan daripada Yang Arif, sama ada untuk meneruskan dengan beliau (keterangan Mohd Hazim) hari ini atau untuk memberhentikan perbicaraan untuk masa ini,” kata Ahmad Akram dan menambah bahawa sukar bagi pihak pendakwaan menyediakan saksi lain untuk memberikan keterangan hari ini.

Peguam Bela bekas perdana menteri itu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kemudiannya bangun dan menyatakan yang mereka “tidak mahu mengambil risiko.”

“Saksi boleh jadi kontak rapat utama (primary exposure) dan kita adalah peringkat kedua. Jadi kami tidak mahu mengambil sebarang risiko,” katanya.

Berikutan itu, Hakim Sequerah kemudiannya menangguhkan perbicaraan ke 3 Mei dan mengarahkan pihak pendakwaan untuk mengemas kini status Mohd Hazem kepada mahkamah.

“Bukanlah suatu yang berhemat untuk mengambil risiko itu dan kita tidak tahu jika Mohd Hazim adalah asymptomatik,” katanya.

Pada 10 Februari, perbicaraan telah ditangguhkan akibat Mohd Hazem mengalami demam dan menjalani ujian COVID-19. Bagaimanapun beliau telah diuji negatif COVID-19.

Najib, 67, berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan panggubahan wang haram melibatkan junmlah yang sama. – BERNAMA

Tags: 1MDBCovid-19Najib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd