• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tertarik Kaedah 1 Dos Vaksin COVID-19 Johnson & Johnson

oleh
18/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia tertarik dengan vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson berikutan penerima hanya memerlukan satu dos, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Vaksin Johnson & Johnson menggunakan kaedah satu dos dan ia sangat menarik untuk digunakan,” katanya ketika kepada pemberita selepas menerima sumbangan 2.7 juta picagari jenis low dead-volume bernilai RM891,000 daripada Etiqa Family Takaful Berhad di kementeriannya di sini hari ini.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan menandatangani kontrak pemerolehan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dari Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

Menurut Khairy, makluman klinikal mengenai vaksin itu amat positif dan jemaah menteri, berdasarkan syor Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), membuat keputusan untuk membeli vaksin tersebut.

Mengulas lanjut mengenai vaksin itu, Dr Adham berkata kerajaan masih belum menentukan jumlah vaksin yang akan diperoleh daripada Johnson & Johnson.

“Setakat ini kita masih belum dapat terma-terma, namun rundingan dibuat dan kita tengah tunggu beberapa tindakan daripada pihak pengeluar khusus untuk kita dapatkan maklumat teknikal dan dosir vaksin tersebut,” katanya. 

Sementara itu, Dr Adham berkata kesemua picagari yang diterima hari ini akan digunakan bagi pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula pada 26 Februari ini melibatkan kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan.

“Sumbangan ini setidak-tidaknya dapat membantu usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19 di negara ini selain menjadi contoh yang baik kepada syarikat-syarikat korporat yang boleh turut sama dalam membantu kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa dilaporkan berkata vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad ini (21 Februari), menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini.

Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei ini hingga Februari tahun depan. – BERNAMA

Tags: Johnson & Johnsonvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd