• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dokumen Tersebar Bukan Borang Suntikan Vaksin Dimuktamad

oleh
18/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Borang persetujuan untuk program imunisasi yang disebar melalui media sosial sebelum ini, bukan dokumen persetujuan yang sudah dimuktamadkan untuk diguna pakai dalam pemberian suntikan vaksin COVID-19. 

Ketua pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan media, berkata pemberian suntikan vaksin COVID-19 adalah untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 serta mengurangkan kesan seseorang mendapat penyakit itu. 

Dr Noor Hisham berkata, berikutan pemberian suntikan vaksin COVID-19 secara sukarela, borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 adalah dokumen yang digunakan untuk diberi kepada penerima vaksin bagi mereka menyatakan persetujuan penerimaan vaksin dengan rela hati. 

“Borang persetujuan juga digunakan di negara lain yang melaksanakan Program Imunisasi COVID-19.

“Penerimaan vaksin ini adalah secara ‘opt-in’ (ikut serta) iaitu penerima vaksin yang bersetuju untuk menerima vaksin perlu menandatangani borang ini,” katanya.

Beliau berkata, isi kandungan dalam dalam borang persetujuan itu bertujuan memastikan penerima vaksin memahami sepenuhnya apa yang dibaca atau diterangkan oleh anggota kesihatan mengenai manfaat dan risiko vaksin. 

Katanya, semua vaksin yang memasuki Malaysia akan dinilai terlebih dahulu dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatannya oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). 

Dr Noor Hisham berkata, selain itu, pelaporan yang diperoleh dari negara-negara yang sudah melaksanakan pemberian vaksin COVID-19, ia didapati selamat digunakan. 

“KKM ingin memaklumkan bahawa borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 yang muktamad akan diedarkan kepada bakal penerima vaksin dalam tempoh terdekat, bermula dengan penerima vaksin bagi fasa pertama. 

“Sehubungan dengan itu, masyarakat diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai,” katanya.

Semalam KKM dalam kenyataan dikeluarkan melalui media sosial rasminya, memaklumkan bahawa dokumen didakwa Borang Persetujuan Suntikan COVID-19 adalah imej palsu dan berita palsu kerana ia tidak dikeluarkan oleh kementerian itu.

Kenyataan itu menyatakan ia bukanlah borang persetujuan (consent form) untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula hujung bulan ini.

Sebelum ini, tular di media sosial imej yang didakwa borang persetujuan berkenaan yang antara lain menyatakan perakuan pihak yang menandatangani borang berkenaan bertanggungjawab terhadap risiko yang mungkin berlaku akibat keputusan atau tindakan mereka kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingan. – BH Online

Tags: berita palsuKKMvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd