• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Gerak Lebih 10 Km, Tak Boleh Rentas Daerah, Negeri

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kerana ia antara penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) rentas negeri menjadi penyebab beberapa negeri dan daerah hijau bertukar kuning serta merah.

Katanya, contoh boleh dilihat pada Disember lalu apabila rentas daerah dan negeri dibenarkan menyebabkan kes meningkatkan.

“Disember lalu di Kelantan yang sebelum itu negeri hijau bertukar merah kerana peningkatan rentas negeri untuk pulang ke kampung dan bercuti.

“Beberapa daerah yang hijau juga boleh bertukar kuning dan merah kerana rentas daerah dibenarkan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Menurutnya, lebih 10 kluster membabitkan rentas negeri dan daerah direkodkan KKM sebelum ini menyebabkan kerajaan tidak membenarkan tindakan itu buat masa ini.

Beliau berkata, penelitian laporan dan data dari masa ke masa akan dilaksanakan KKM sebelum ia dibentangkan bagi keputusan selanjutnya dibuat.

“Buat masa ini harap semua bersabar dan kerajaan akan dapatkan pandangan daripada KKM untuk sebarang perubahan,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan membenarkan pergerakan lebih 10 kilometer radius dari rumah masing-masing.

Katanya, keputusan itu juga termasuk kepada kawasan yang masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – myMetro Online

Tags: PKP 2.0PKPBPKPPrentas daerahrentas negeri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Rt COVID-19 Meningkat Selepas Rentas Negeri

27/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 menunjukkan trend peningkatan sejak lima hari lalu, kira-kira dua minggu selepas kerajaan memberi...

Bukan Orang Tua Sahaja Tak Jumpa, Masjid Pun Tak Pergi

22/10/2021
0

PETALING JAYA – Bukan hanya tidak balik jumpa ibu bapa, namun ada juga yang tidak ke masjid selepas kebenaran solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd