• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Selamat Tinggal NTV7, Anda Akan Dirindui”

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Drama Spanar Jaya, animasi popular Jepun, Doraemon, Crayon Shin-chan termasuk Edisi Siasat antara rancangan paling popular Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai NTV7.

Saluran yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bagi mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an dan 1990-an ini sering disiarkan di kaca televisyen setiap hujung minggu yang pastinya dinanti sesiapa sahaja.

Sebelum zaman teknologi khasnya gajet kian meningkat dalam kepenggunaan masyarakat tidak kira umur, bangsa mahupun jantina, rancangan di televisyen khususnya di saluran NTV7 menjadi peneman sepanjang masa.

Namun pada Selasa, setelah bersiaran sejak 7 April 1998, NTV7 akhirnya memberi laluan kepada saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memulakan siaran pertamanya pada 17 Februari ini.

Difahamkan, DidikTV KPM yang akan bersiaran bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari dan medium ini adalah usaha berterusan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.

Setelah menerima perkhabaran sedih mengenai saluran NTV7 menjadi kesayangan ramai, warga maya berkongsi kenangan manis bersama NTV7 yang merupakan ‘penghibur’ ketika zaman kanak-kanak.

Kata Irfad_u, “Selamat tinggal NTV7. Saya akan sentiasa menghargai masa saya menonton Crayon Shin Chan dan Doraemon setiap waktu Maghrib Sabtu dan menonton kartun Digimon pada pagi Ahad.”

Ujar Amirul pula, memori zaman kanak-kanak semasa menonton kartun Crayon Shin-Chan dan Doraemon setiap Sabtu akhirnya akan tinggal kenangan.

Menurut Nursyafiqah, “Masa kecil saya sangat menyukai saluran ini, hari Sabtu jam 7 malam mesti tunggu nak tengok Crayon Shin-Chan dan kemudian Doraemon. Salam perpisahan! Anda akan dirindui.”

Selain itu berkongsi memori, Ilyas berkata, “Dulu masa memula saluran ini wujud tagline ‘I feel good’ tu memang melekat. Selamat tinggal NTV7.” – Sinar Harian

Tags: DidikTVNTV7
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DJ Yusuf Letak Jawatan

23/02/2021
0

SHAH ALAM - Penyampai Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri atau lebih dikenali DJ Yusuf yang sebelum ini mencetuskan kontroversi...

Rakaman DidikTV KPM Di YouTube Mudah Ulang Kaji

23/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pengisian program DidikTV KPM membantu pelajar mengulang kaji pelajaran dengan lebih mudah dan lengkap kerana rakaman program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd