• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkah Berjaga Sebelum Terima Suntikan Vaksin COVID-19

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Vaksin COVID-19 selamat digunakan, namun beberapa kumpulan masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum membuat keputusan untuk menerima suntikan.

Peringatan sedemikian perlu diberi pertimbangan sekiranya mana-mana individu didapati positif COVID-19 dan mempunyai masalah terhadap sistem pertahanan badan mereka.

Ia turut meliputi ibu menyusu dan hamil serta mereka yang mempunyai alahan teruk, bersandarkan rekod kesihatan masing-masing.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa akan mengemaskini kontraindikasi atau situasi yang mana sesuatu ubat, prosedur atau vaksin tidak sepatutnya diambil kerana menjejaskan kesihatan penerima.

Berdasarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, proses pelalian kepada kumpulan sasar, mengikut keutamaan merangkumi peringkat pendaftaran, suntikan dan pemantauan kesan vaksinasi.

Proses dokumentasi atau pendaftaran akan mengguna pakai aplikasi MySejahtera dan laman sesawang khas atau secara manual bagi masyarakat yang tidak mempunyai capaian terhadap aplikasi berkenaan.

“Pemberian vaksin COVID-19 ialah secara sukarela tetapi sangat digalakkan bagi memastikan sasaran pembentukan imuniti kelompok berupaya dicapai. 

“Lima kaedah pendaftaran vaksin boleh dibuat sama ada menerusi MySejahtera, talian utama, program bantuan bagi kawasan luar bandar dan pedalaman, laman sesawang atau berkunjung ke kemudahan kesihatan kerajaan serta swasta.

“Maklumat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS),” menurut dokumen disediakan Jawatankuasa Khas. 

Jaminan Akses Bekalan VAksin COVID-19 (JKJAV) yang diterbitkan, hari ini.

Sementara itu, grafik mengenai proses vaksinasi menunjukkan individu yang bakal menerima dua dos suntikan pelalian, seperti Pfizer dan AstraZeneca perlu menjalani 18 peringkat pelaksanaan.

Bagaimanapun, individu yang menerima satu dos suntikan vaksin seperti CanSino dan Johnson & Johnson (J&J) hanya perlu melalui sembilan peringkat pelaksanaan.

Sijil akan diberi apabila peserta Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selesai menjalani keseluruhan proses pelalian dan menerima dos suntikan mengikut jenis vaksin.

Sebarang kesan sampingan selepas suntikan pelalian boleh dilaporkan menerusi tiga cara, iaitu dengan memaklumkan kepada kemudahan kesihatan berdekatan, melalui MySejahtera atau melayari portal laporan kesan sampingan terhadap pengguna yang diselia Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara di www.npra.gov.my. – BH Online

Tags: ImunisasiKKMvaksin covid-19vaksinasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd